Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara.
Perlembagaan itu jugalah yang memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu untuk diterima atas prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.
Kerana menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang membentuknya, orang-orang Melayu tidak mempertikaikan hak-hak yang diberikan kepada segolongan minoriti sebagai warganegara di dalam negara ini.
Ini dinamakan toleransi. Perlembagaan Persekutuan memberikan untuk bersuara, menjadi warganegara dan kebebasan beragama. Itu prinsip yang orang-orang Melayu Islam hormati.
Perlembagaan Persekutuan juga memberikan hak-hak keistimewaan serta kedudukan istimewa kepada agama Islam dan orang Melayu.
Negara dan negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan kerap dirujuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Negeri-Negeri Tanah Melayu.
Oleh kerana negara ini asalnya Tanah Melayu, dan orang-orang Melayu semasa ditekan oleh penjajah bersetuju dengan syarat-syarat untuk mendapat Kemerdekaan, maka pihak mereka terpaksa berkompromi dengan sesetengah syarat-syarat yang mereka sendiri tidak mahukan.
Tetapi persetujuan itu diberikan dengan bersyarat, iaitu hak pribumi asal tidak boleh dinafikan dan pribumi asal mesti diberikan hak-hak keistimewaan di atas hak-hak berkompromi yang perlu diberikan.
Ini adalah sebuah perjanjian yang dibuat di dalam situasi ditekan atau di dalam keadaan ‘duress’.
Tetapi sehingga kini, orang-orang Melayu Islam menghormatinya. Ini dinamakan toleransi.
Jika orang Melayu boleh menghormati semangat Perlembagaan, kenapa orang-orang bukan Islam tidak boleh melakukan perkara yang serupa?
Perlembagaan Persekutuan menetapkan di dalam Artikel 11 tentang ketetapan-ketetapan berikut yang selalunya dilupakan oleh golongan yang tidak tahu atau tidak memahami atau sengaja menyalah tafsir Perlembagaan:
Artikel 11 Perkara 1
11 (1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya.
Artikel 11 Perkara 3(a)
11 (3 a) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak –
(a) Menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
Artikel 11 Perkara 4
11 (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
Artikel 11 Perkara 5
11 (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.
Apabila orang-orang Islam melihat pencerobohan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri yang diwartakan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan berlaku, maka sebagai orang-orang bertamadun yang tahu menghormati undang-undang negara, mereka memilih untuk menyuarakan perkara tersebut melalui forum-forum ilmiah.
Mereka memilih lokasi yang mencerminkan sikap penghormatan terhadap ilmu dan menyampaikan perasaan resah mereka dengan sikap serta pencabulan satu segmen masyarakat ke atas Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.
Mereka tidak memilih untuk memberontak dan melakukan keganasan ke atas agama lain sepertimana yang pernah dilakukan di Gujarat oleh agama majoriti di sana.
Mereka juga tidak memilih untuk bertindak ganas dan melakukan keganasan ke atas agama minoriti oleh agama majority sebagaimana yang berlaku di Arakan.
Sebagai orang-orang yang bertamadun dan tahu menghormati undang-undang negara, mereka memilih forum ilmiah untuk menyampaikan rasa resah mereka kepada pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 298 A Perkara 6 menyatakan perkara berikut :
Akta 574 Seksyen 298 A Perkara 6 (a), (b) dan Perkara 8
Section 289A (6)
The foregoing provisions of this section shall not apply to-
(a) Anything done by any religious authority established, constituted or appointed by or any written law and conferred by written law with power to give or issue any ruling or decision on any matter pertaining to the religion in respect of which the authority is established, constituted or appointed; or
(b) Anything done by any person which is in pursuance of, or which accords with, any ruling or decision given or issued by such religious authority, whether or not such ruling or decision is in writing, and if in writing, whether or not it is published in the Gazette.
Section 289A (8)
If in any proceedings under this section, any question arises with regard to the interpretation of any respect of, or any matter in relation to, any religion, the Court shall accept the interpretation given by any religious authority referred to in subsection (6), being a religious authority in respect of that religion.
Apabila forum ilmiah yang dijalankan di institusi ilmiah tersebut menyebut mengenai ancaman satu segmen minoriti pelampau di dalam sebuah agama yang telah berkali-kali melakukan penghinaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, maka apa yang telah dijalankan mereka-mereka dan Majlis Agama di dalam forum tersebut adalah mengikut hak-hak yang telah diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sediada.
Tidak perlu menggunakan manipulasi serta publisiti murahan di media untuk menegakkan benang yang basah.
Tahniah kepada mereka-mereka di dalam forum tersebut yang mengambil sikap bertamadun yang cuba menangani isu pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan dengan cara ilmiah dan tidak memilih cara yang dilakukan agama majoriti di Gujerat dan Arakan ke atas agama minoriti.
Rasa resah mereka adalah benar kerana pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan Artikel 11(4) memang direkodkan telah berkali-kali berlaku.
Malaysia akan lebih aman jika undang-undang dihormati dan sikap pelampau dan segmen pelampau di dalam masyarakat tidak dipertahankan.
Sekian, harap lain kali faham keadaan ini.
© 2007 - 2014
Muhammad Ibn 'Az